music player

music player


I made this widget at MyFlashFetish.com.


Sunday 5 February 2012

Selamat Menyambut Hari Lahir Dia...Kekasih Allah

Assalamualaikum…
Peace upon to all..
Apa khabar iman hari ini..
Semoga sentiasa dalam jagaanNya..
inshaAllah ^^


Entry kali ini ana nak mengucapkan Selamat Menyambur Hari Lahir Kekasih Allah..
Our beloved prophet , Nabi Muhammad SAW..
Yang jatuh pada 5 Februari 2012 bersamaan dengan 12 RabiulAwal 1433 Hijrah
atau kita lebih mengenalinya sebagai Maulidur Rasul..kan..:) 



Di sini ana nak tanya dan sama2 fikir2kan, renung2kan…
Kalau kita sayangkan seseorang, kita mesti selalu teringat kat dia kan.
Of course lar..nak2 yang da ada yang tersayang..
Sepanjang masa duk teringat kan… pastu mule la kol..paling2 kurang hantar mesej kan..
Macam tu la jugak kalau kita sayangkan Nabi Muhammad s.a.w.
Kita mesti kena selalu mengingati dirinya..
So..bagaimana kita nak selalu mengingati dirinya ( Nabi Muhammad )..
Caranya ialah  kita mestilah berselawat tanda cinta kita kepadanya sebagai seorang Nabi kita.
Then, kalau betul kita ni cinta dan sayang kepada Nabi,
kita juga mesti kena tau latar belakang Nabi, sejarah hidupnya,pengorbanannya dalam menyebarkan Islam..
Bukan hanya sekadar mengucapkan kata-kata Salam Maulidur..
Tapi hati xkenal Rasulullah SAW…kosong..kan..
Dan lagi satu, apabila terdengar nama baginda, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam,
segeralah menjawab sallallahu alaihi wasallam.
Jangan kedekut atau berat mulut sangat naa… :)


Jom sama2 kita menyambut Maulidur Rasul tahun ini dengan penuh kesyukuran dan
mengimbau kembali pengorbanan Nabi SAW serta kecintaannya kepada kita sebagai umatnya.
Cara yang paling mudah untuk menunjukkan rasa cinta dan sayang kita kepada baginda ialah
dengan cara berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
dan juga ke atas keluarga baginda ..
marilah kita mencari keberkatan dalam seharian kita dengan mengingati baginda
walaupun hanya 2 minit..
Tak lama,cuma 2 minit sahaja yang diperlukan tapi lagi lama lagi afdhal terpulang kepada kita.
اللّهم صلى على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلّم
" Sesiapa dari kalangan umatku yang berselawat ke atasku, akan di tulis oleh Allah s.w.t 10 kebaikan
dan akan di padam 10 kejahatan dan ditingkatkan darjatnya 10 darjat serta dikembalikan
ke atasnya seumpama dengannya "
( Riwayat Ahmad, Nasa'i, Ibnu Hibban, dan Tabarani )
untungkan bagi sesiapa yang berselawat keatas Baginda.

Sebelum mengakhiri entry yang xberapa panjang  pada hari ini,ana nak kita sedar betapa dalamnya cinta Nabi kepada kita sebagai umatnya..Kita patut sedar hakikat tu..
Sehinga nyawa ingin diangkat oleh Allah pun Nabi masih menyebut "Ummati, Ummati, Ummati"
yang bermaksud Umatku, Umatku, Umatku.
Betapa risaunya Nabi untuk meninggalkan kita sebagai umatnya..umat akhir zaman..
Tidak cukup dengan itu, Baginda memohon kepada ALLAH, agar dapat memberikan syafaatnya kepada
seluruh umatnya… ALLAHUAKBAR!!!
Istimewanya kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW..
Namun, kita pada hari ini..betapa besarkah pengorbanan yang kita telah berikan untuk agama?
Terlaksanakah lagi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim / muslimah??
Berapa banyakkah sunnah Nabi yang telah kita amalkan untuk menunjukkan kecintaan kita kepadanya?
Baginda SAW sayang sangat pada kita, tapi kita?
Tepuk dada masing2, tanyalah iman~~~
Jadi kepada para blogger sekalian dan sesiapa yang membaca di sini,
Let’s go memeriahkan sambutan Maulidur Rasul di kawasan2 sekitar kita..
Kalau di taman perumahan anda ada anjurkan sambutan Maulidur Rasul, apa kata pergi ke majlis tersebut.
Xrugi apa-apa pun...
Dan sempena Maulidur Rasul, marilah kita perbanyakkan selawat dan amalkan sunnah semampu diri kita.
Tambahkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. Letakkanlah kerinduan yang agung kita 
kepada Rasulullah SAW. Bukan kepada orang lain. :)



Salam.
Nota Hati 1 : Memang kita semakin tua. Tak ada yang makin muda.
Tapi kita sentiasa muda untuk melakukan amal ibadat.
Tak perlu tunggu ramalan kiamat nak dekat baru nak bertaubat.
Sebab mati kita tak tahu bila. Entahkan esok entahkan lusa. Bersediakah kita?