music player

music player


I made this widget at MyFlashFetish.com.


Saturday 31 December 2011

JALAN MANA YANG ENGKAU PILIH ??

assalamualaikum , saudara saudari sekalian !!

ari ni, ana nak bicarakan mngenai JALAN..hurmmm..jalan ape?? jalan lurus?? bengkang-bengkok??  jalan mati?? atau ape?? hurmmm..pikir,pikir !! hahaha xD

ana nak cakap pasal JALAN-JALAN MENUJU KE SYURGA & NERAKA laa..hahaha..antum nak yang mana?? pilih,pilih...jangan x piilih..huhu..i am very3 sure yg antum nak ikot jalan mnuju ke SYURGA, rite?? am i rite?? hey, jawab laa..hahaha..

kalau nak pegi syurga, asal antum antunna stil buat bnde yg Allah x suke lg?? asal buat kemungkaran lg?? asal menghalalkan yg haram?? haa?? tepuk dada tnye iman laa..



*JALAN-JALAN MENUJU KE NERAKA*


  • orang2 yg tidak mnjalankan tanggungjawab memberikan pelajaran  agama ISLAM kepada ahlinya.
  • orang kaya yg bakhil.
  • peniaga yg mnipu.
  • peminum arak.
  • mngada dan mnyokong majlis2 maksiat.
  • berzina.
  • menipu, memakan harta ank yatim.
  • meringan2kan solat.
  • tidak mngeluarkan zakat.
  • panjang angan2 dan x bertaubat kpd Allah.
  • mninggalkan solat.
  • derhaka kpd ibu bapa.
  • berbuat fitnah.
  • suami dan ibu bapa yg dayus.
  • dusta.
  • mendapat dan memakan harta yg haram.
  • sihir.
  • dengki/khianat.
  • melakukan apa yg diharamkan oleh Allah.
#semoga kite dihindarkan drpd perbuatan tersebot..nauzubillahiminzalik#



*JALAN-JALAN MENUJU KE SYURGA* ;)

  • mengajar anak tentang kewajipan beragama.
  • bertolong-tolong kerana Allah.
  • beramal ibadat drpd muda lagi.
  • solat tahajud.
  • mnangis kerana takutkan Allah.
  • bersedekah.
  • berhubung hati dgn masjid.
  • sentiasa solat berjemaah.
  • slalu berada ditempat pngajian agama.
  • menziarahi org sakit.
  • mngiringi mayat ke kubur [lelaki shj]
  • mendamaikan org bergaduh.
  • manolong ank yatim dan yang memerlukan.
  • melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yg dilarang Allah S.W.T
#semoga kite tergolong dalam kalangan org2 yg berjalan mnuju ke syurgaNya#

akhirulkalam, marilah kite sama2 perbaiki kelemahan masing2 dan bertaubat kpdaNya..

tazkirah dipetik daripada buku MUTIARA PERJALANAN HIDUP INSAN by USTAZ NAJMUDDIN HJ ELIAS...

sekian, 
WALLAHUALAM ~

Wednesday 28 December 2011

KOMIK : SAHABAT SOLEH

assalamualaikum~
hehe..dah lame ana tak post pasal komik kan?? hehe..komik ni berkisarkan mngenai anak yang soleh..eh, silap !! mksod ana, SAHABAT YANG SOLEH ..hehe..tershashul [tersasul] pulak !! xP hehe..jom layan..


haaa..ana nak describe cket pasal cterr nii..hurmm..

macam nii..laki A ni tolong sahabatnye, B keluar dari kemungkaran..dy ajar macam2 mngenai ISLAM..well, ISLAM IS THE BEST WAY OF LIFE, rite?? so, akhirnye, dy ponn da jd baek laa..malang tidak berbau,..ajal maut ALLAH yg tentukan..akhirnye si A ni pergi mninggalkan dunia yg fana ini.. hehe..

jadi, holistiknya [kesimpulan] ..hehe..

masing2 mesti ade kawan , sahabat , teman dan rakan kan?? hehe..dan saudara saudari sekalian pasti ingin mnjadi seorang sahabat yg baik, soleh dan solehah kan??? so...

seorang sahabat yg baik akan mendidik rakan2nye yg lain ke arah kebenaran..menuju ke jalan yg diredaiNya..kirenye, kte semua kene jadi cam PRS [pembimbing rakan sebaya] hehe..yelaa..betoll la ana cakap..tugas seorg PRS kan adalah utk membimbing rakannye..begitu gak dgn kterr..keje mnjadi pembimbing ni bukan keje PRS je taww..hehe..sahabat yg soleh dan solehah tidak akan mem'backup' kawannye yg buat salah..malah, dy akan tegor secara berhikmah..dan akan akan membuat tindakan yg sewajarnye utk memandu kawannye itu ke arah yang benar..

hurmmm..jadi, cube antum antunna tanya pada diri kalian..? 'aq ni seorg sahabat yg baik ke??' tepuk dada tanya iman ;) hehe..

dan..

bagi sahabat yg ditegor itu,..terimalah dengan hati yg terbuka..jgn cepat melenting..betol ape yg rakan anda lakukan itu..iaitu membimbing anda..ikot la ape yg dididiknye slagi tidak melanggar syariat ISLAM..

hurmmm..oke laa..nmpaknye, antum antunna suda mula muhasabah diri..betol tak?? hehe..tu sahaja lah dari ana buat setakat ini..

JOM JADI SAHABAT YANG SOLEH DAN SOLEHAH !!



sekian,
WALLAHUALAM~

warna- warni kehidupan . .

assalamualaikum
sebenarnya , manusia x terlepas dri sebarang ujian .. ujian kesakitan , kemarahan , kehilangan harta benda , atau yg lebih simple UJIAN HATI [mksud ana hasad dengki , ujub dn sebagainya]



Sahabatku,
Dalam kita melangkah pergi, terkadang kita diuji dengan seribu keperitan, terasa berat oleh kita untuk melangkah apatah lagi untuk berlari…namun itu semua hanyalah sementara, kerana selepas malam akan bergantinya siang yang indah…biarpun pelangi tidak akan selama-lamanya muncul tak kala malam menjelma, namun tak kala mentari terbit kemungkinan di situ akan muncul pelangi indah biarpun pelangi itu bukanlah suatu yang mudah untuk kelihatan hanya tak kala bumi ditimpa hujan…

“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11



Ketahuilah hakikat bahawa segalanya itu adalah ujian bagimu untuk menguji keimananmu…
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut :1

bacalah dri blog ini ; anda akn mndpt manfaatnya



jom ; mri kita 'enjoy' ngan gamba ni :))
cintailah DIA ; DIA takkn pernah buad engkau kecewa


banyakknlah berselawat kpdnya ..  moga Rasulullah akn mmberi syafaat kpd kita ..
ALLAHUMMASHOLLIA'LAASAIYIDINAMUHAMMAD


alhamdulillah ;
moga kita akn bersua di entri seterusnya . .
salam ukhwah

Muhammad is the BEST IDOL

Assalamualaikum ,
ana sekarang ini ingin berkongsi sesuatu ; nk tahu apa ?
ana pada suattu hari tuu  ditanya , 'siapa idola enti' oleh seorang ustazah ana
laluu anak dgn pintasnya menjawab [ha?pintas hiperbola japp]'Saidatina A'isyah R.A
ustazah ana laluu mmbrithu idolanya . . lalu dia mnjawab NABI MUHAMMAD S.A.W (!)

Antum sume, apa itu idola ?
Mengikut takrifan kamus Oxford (Edisi ketiga 2001), IDOL dalam bahasa Inggeris membawa maksud patung; berhala; pujaan; orang atau benda yang terlampau disanjung
ha ...itulh idola . .maksudnya ..jika ditanyaremaja ; mereka mungkin akn menjawab Taylor Swift , Avril Lavigne , David Archuleta , Secondhand Serenade dn sebagainya . . .
ha ..  inilah dia taylor swift tuu . . lagu LOVE STORYnya yg memikat hati remaja



DAVID ARCHULETA , lagu crushnya yg sering didengari  dicorong2 radio

pastu , ana dgn satu kelas ditegur oleh guru ana ;nape antum x jadikan NABI MUHAMMAD itu sebagai idola , bukankah Baginda itu merupakan seorang manusia juga ; bahkan MANUSIA TERULUNG (!)Baginda yg menyebarkn risalah islam . . bahkan agama ini terus berkembang mekar sehingga kini . . akhlak Baginda seperti Al-Quran . .
 Saidatina 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha ditanya tentang akhlak dan sifat Baginda S.A.W, maka beliau menjawab :

"Akhlak Rasulullah S.A.W itu adalah Al-Qur'an"
(hadis riwayat muslim)

"Sesungguhnya bagi kamu semua pada diri Rasulullah itu merupakan contoh tauladan yang baik"
( surah al-Ahzab : 12 )



Rasulullah juga pada saat-saat kematian Baginda ; Baginda memanggil kita "ummati , ummati , ummati" Baginda tidak memanggil isteri Baginda , sahabat yg sentiasa berdamping dengannya , tp Baginda memnggil kita UMATNYA . .
SUBHANALLAH ; BAGINDA TIDAK PERNAH BERSUA  DENGAN KITA , , tp mengapa baginda memanggil kita ? . .
ha . . itulh tanda kasih sayangnya . .
malu rasanya..mengatakan cinta..kepada dia.. kekasih Allah .. kerana dia insan mulia... sedangkan diriku..insan biasa...selagi upaya...kuturuti ajarannya..apa terdaya..kuamalkan sunnahnya..moga didunia..beroleh BERKAT.. diakhirat sana...beroleh syafaat.kerana peribadinya..aku trpesona..kerna budinya..aku jatuh cinta..rindu ku padanya..tiada terkata..nntiknlah daku.. DITAMAN SYURGA . .


Alhamdulillah , sampai disini sahaja ;
ana bukanlah seperti IMAM SYAFIE yg pandai berkata2 dn hebat dlm syairnya , ,
semoga kita bertemu lagi
salam ukhwah  . . 

Untukmu Adam : ))


Salam..hi sume..da lame ana xpost ape2 kn??hurm,,tdi ana jenjalan dri blog ke blog..pas2 ana ternmpk entry yg best..
ana pon curi share drpd beliau nie..harap sume bole la amek pengajaran ea?? :))

♥ Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan. 

♥ Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. 

♥ Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri. 

♥ Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa ^^

********************************************

Fakta ke Auta?

1. Lelaki akn membuat seribu 1 kesimpuln sekiranya seorang wanita senyum kpda mereka

2. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

3. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.

4. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.

5. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

6. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.

********************************************

Monday 26 December 2011

ya Allah , aku jatuh cinta (!)

Assalamualaikum ,
pertama skali ana pasti semua orang msti prnh lalui satu perasaan ni ; atau lebih saintifiknya CRUSH 
HOHO , ape itu crush ?
crush ; crush ngee ~~


crush itu mrupakan satu perasaan yg menyelinap ;
ana seribu kali yakin pasti sume org xkn pernah terlepas darinya
jd apa perlu kite buad ?
buat x thu , lari , atauu jalan je sampai langgar tiang yg  tersergam indah ?


jd disini ana akn kongsikn bbrp cara nk hilangkannya . .


pertama skali  ;
kita mesti kene igt apa hala tuju kite . .
tugas kita hanyalah menuntut ilmu
SI DIA belum pasti dpt mmbrikn kebahagiaan sepenuhnya ~~
mintalah kpd Allah agar melindungi kita drpd bisikn SYAITAN LAKNATULLAH itu !


kedua ;
lakukan kerja2 yg berfaedah
seperti ulangkaji brsama rakan atau lebih sng beribadah KEPADANYA 
pasti kite akan merasa tenang ~~
Hal ini sesuai dengan firman Allah subhanahu wa ta`ala yang berbunyi:

Yang ertinya: (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tentram dengan mengingat Allah subhanahu wa ta`ala. Ingatlah! Hanya dengan mengingat Allah –lah hati menjadi tentram. (QS. Ar-Ra’d: 28)



berdoalh kpdNya . .


ketiga ;
kita mstilah sentiasa brkumpul dgn org2 yg soleh 
jdknlah mereka sbgi sahabt kita
katakn kpd mereka apa masalh kite ;
insyaAllah psti ada jalannya :)
[lagu INSYAALLAH nyanyian Maher Zain]


ni lah Maher Zain tuu ~ mcm laa org ta kenal 




ok , cukuplh disini ana ingin berkongsi  . . 
ilmu itu prlulh diamal .
salam ukhwah 



Sunday 25 December 2011

10 MUWASOFAT TARBIYYAH . .

assalamualaikum , ya ahliljannah !! [amiin~]
hehe..haritu, ana ade pegi satu kem nii..kem tu mengajar macam2 perkara mngenai Islam..macam2 perkara mngenai seorang Muslim..dan antara yang ana belajar di sana ialah..

* 10 Muwasofat Tarbiyyah *

haa..ape die muwasofat tu?? maybe kalau ana tunjuk poster ni , antuma antunna semua akn paham ape maksod muwasofat nii...oke, ni lah posternye..


haa...dah paham?? ape?? xpaham lagi..oke, camni..muwasofat bererti...sifat-sifat, ciri-ciri,aspek-aspek..hurmm..lebih kurang macam tu laa..oke..seorang muslim perlu bekerja sebagai seorng penyampai..maksodnye..kite haruslah mnyampaikan ape sahaja ilmu yang kite ade..kite harus berdakwah ke jalanNya..oke..dan untuk menjadi seorang penyampai yang baik, kite perlulah..bukan perlu, tapi WAJIB...ceh..untuk mempunyai sifat seperti yang terdapat dalam poster..oke, ana tahu..semua orang x perfect, rite? tp, x salah untuk kite mencuba untuk menjadi perfect..kite perlu berusaha kuat untuk mencapai ape yang kite hajatkan..

oke..tanpa mmbuang masa, ana nak terangkan serba-serbi mngenai aspek2 seorang muslim / muwasofat tarbiyyah ini.. please continue your reading, oke..hehe

10 Muwasafat Tarbiyyah

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dari manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang daie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.

1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

· Dakwah berat tanggungjawab dan tugas – perlukan badan yang sihat dan kuat.
· Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.
· Pesanan al-Banna:
· Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

3.Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
· Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
· Walaupun kaya, perlu bekerja.
· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
· Menjauhi riba dalam semua lapangan.
· Menyimpan untuk waktu kesempitan.
· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
· Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
· Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
· ..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
· Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
· Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
· Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
· Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

oke..sekarang, antum antunna semua mesti dah paham kan..marilah kite bersama2 memupuk sifat2 yang telah di 'describe' kan di atas, jika ingin menjadi seorang penyampai, pendakwah atau daei seta seorang muslim yang sempurna..hehe..semoga kite menjadi seorang hamba yang beriman dan beramal soleh yang mampu menegakkan agama yang syumul ini.. :) amin ~

sekian,
WALLAHUALAM~

TAHUN BARU , AZAM PUN BARU LAH .. !!

assalamualaikum, readers sekalian !!
hehe..memandangkan kite telah pun masuk tahun baru [bulan Islam] n bakal menyambut tahun baru [bulan orang puteh] hhehe..maka,  mesti antum antunna ade wat azam baru kan?? dan semestinya azam kalian adalah untuk menjadi yang lebih baik drpd tahun sebelumnya, kan?? kan?? haha.. mai cnie ana nak cterr..

al-kisah . .


hehe..best tak cerita ana?? haha.. ana tak perli mana2 pihak ye..hehe..macam ni..buat sesiapa yang still tak paham ape yang ana nak smpaikan, sila troskan membaca entry ana nii..buat sesiapa yang suda paham n dah muak dengan bebelan ana ni, xpe la..ana reda..ana x kesa pon.. antum semua bole kluar dari blog nii..huhu.. :'( touching pulak..haha !! JK jelaa.. ha? JK tu ap?? JK=Just Kidding laa.. hehe..alamak !! ana dah merepek laa..haha..oke, ana straight to the point jela ekk..hehe..

cam ni.. ana post cterr ni pon sebab , ana nak ckp yg kite semua x perlukan tahun baru or Happy New Year or Awal Muharram utk berubah.. setiap masa kite bole berubah.. bayangkan lah.. just imagiine..hehe..kalau lah..[kalau]..anda menemui ajal pd 31 DECEMBER ..n esok nye ialah new year..sempatkah anda nak berubah?? paham x?? macam ni lah.. lebih baik kite jangan tunggu untuk berubah pada tahun baru..malah, kite berubahlah sekarang..kerana apa?? kerana..kite tak tahu, bile ajal kite akan tiba..haa..paham,...??hehe..

haha..ape lagi? watpe nak termenung?? let's BERUBAH , FRIENDS !!
hehe..sekian,
WALLAHUALAM~

Saturday 24 December 2011

REMAJA MASA KINI !!






Salam sejahtera sume..dah lamekan ana xpost ape2 kt blog nie..
ye la,,sibuk sangat..xtau la ape yang sibuk sgt 2..
tpi lepas je PMR (tige hari yang lalu)
teringin lak nak kongsi ceritera pasal remaja skunk nie..
skunk nie byk kuar kat surak khabar pasal remaja nie la,,remaje tu la,,
sebenarnyer mmg susah tyme alam remaja kite nie..
sebab kite teringin nak melakukan sesuatu yang seronok..
seperti couple,,rokok,,clubing..Masya-Allah..


Zaman remaja ni sememang nya amat berharga kalau
kita dapat manfaat kan dengan sebaik-2 nya . Bayang kan lah
kalau masa yg berharga diibarat kan seperti emas
tu kita sia-2 kan mcm tu je . 

CUBA LIHAT GAMBAR-2 DI BAWAH INI



MASYA-ALLAH .....
Maaf lah yer ana tak letak gambar byk2 .
:)
Just nak tanya , ape perasaan korg 
bila dah tgk gambar-2 kat atas ni ?
Menyampah ? Suka ? Benci ?
Ini lah fenomena remaja zaman sekarang ,
kita tgk pun semakin kronik kan ?

Kawan-2 , kita sebagai seorang remaja yg bermaruah ni ,
terutama nya kaum perempuan ,
kita nak ke buat diri kita macam tu ?
Bangga dgn rokok yg dihisap ,
tayang tu tayang ni ,
tak syg diri sendiri ke ?

Ya Allah , bayang kan lah perasaan mak ayah
korg ,
bila korg dh conteng arang ke muka dorg .
Nauzubillah min zalik ....

Ibu yg mengandung kan korg 9 bulan 10 hari ,
usung korg ke sana ke mari sepanjang
tempoh mengandung kan korg ....
mcm2 kesusahan dia tempuhi .
Bila nak melahirkan korg bagai kan 
nak tercabut urat nyawa .

Tapi dia gagah kan juga diri nya dan berjuang
 melahirkan korg demi 
melihat anak yang disayangi nya
untuk terus hidup ... dan dapat melihat
dunia yg indah dan berwarna warni ni .
tapi ape balasan korg pd dia ,
 bila korg dh besar ?

Oleh itu , hargai lah masa remaja kita ,
dan hargai lah juga ibu bapa
yg membesar kan kita .
Gembira kan mereka
dgn kejayaan yg kita perolehi
pd zaman remaja ini ;)

Cheers , that's all utk hari ni !
Thanks for reading all my 
friends ! :)

komik : meraih cinta Ilahi . .

assalamualaikum, ya sodiki !! ana nak bg entry nii..sudah lama ana x post kan..?? sorry laa.. ana busy sedikit.. hehe..hurmm..entry ni mengenai cara-cara meraih cinta Allah kembali..hehe..ana bg komik ni pon sebab ni je yang ana rasa dapat menarik perhatian antum antunna semua..hehe..macam post sebelum ni..ingat tak? kalau x ingat, pergi tgok semula..haha..entry tu seorang sahabat ana yg post kan..die suka doodle2 tuu..hehe..alamak !! ana dah melalut laa..hehe..oke, selamat membaca, ye ?! XD


oke, antum semua dah baca kan?? jd, ape lagi?? marilah bersama-sama kita meraih cinta Ilahi .. !!
sekian,
WALLAHUALAM ~

Monday 19 December 2011

10 REASONS DOA TERHIJAB !!

assalamualaikum, para mujahid semua !!

hari ni nak habaq tentang sebab2 doa kite terhijab..semua orang mesti pernah berdoa kan?? dan..kekadang doa kite tercapai..tp kekadang, doa kite terhijab..ha?? terhijab tu ape?? hurmmm..terhijab tu ialah TIDAK DIMAKBULKAN, TIDAK DIPERKENANKAN.. macam tu laa..hurmmm.. ape yg mnyebabkan doa antum antunna semua terhijab?? hurmmm..mai cnie ana nak habaq..

" Wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah, tetapi tidak diperkenankanNya lagi. Beritahulah kami apakah sebabnya? " , Ibrahim  Adham menjawab, " terhijabnya doa disebabkan 10 perkara.. "


1) kamu mengenali ALLAH tetapi tidak menunaikan hakNya (perintahNya).


2) kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.


3) kamu mendakwa iblis itu musuh kamu tetapi kamu menurut hasutannya.

4) kamu mendakwa kamu mencintai Rasulullah tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.

5) kamu mendakwa mencintai syurga tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.

6) kamu mendakwa membenci neraka tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.

7) kamu mendakwa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

8) kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.


9) kamu makan rezeki Allah tetapi kamu tidak mensyukurinya.


10) kamu mengebumikan jenazah saudaramu tetapi kamu lupa untuk mengambil ikhtibar daripadanya.

jadi...renung-renungkanlah dan amek iktibar dari ape yg telah disampaikan..moga entry ni dapat dijadikan sebagai pedoman untuk kita lebih berusaha menuju ke jalan yg diredaiNya..

sekian, 
WALLAHUALAM~

doodle dakwah..hayatilah

Assalamualaikum readers sume..
Hari nie ana nak postkn doodle pasal dakwah..hurm,,sume doodles nie ana amek dekat facebook..huhu bukan curik ea tapi nak sebarkn dakwah..xsalah kn??yg salahnye kalau ana da bace tpi xsebarkn kt sape2 pon..2 baru slh..btol x??xelok kedekut ilmu yg kte ade..huhu oke,,orang slalu nk sebrkn dakwah dengn ayat je..korang mzty bosn kn kadang2??jadi,,ana crik doodlez nie sume supaye korg dpt bace dgn bersemngt tengok kartun2 nie sume..huhu harap korg sume boleh la cube hayati and amalkn ea??

#1

Inilah dinamakan sketsa cinta. cube kalian fikirkan, mana yang kita dahulukan di antara kita angkat panggilan drpd boyfrend/girlfriend/friend  atau  kita menyahut panggilan Ilahi? sahutlah seruan Dia dahulu kerana kita tidak tahu bila Malaikat maut akan menjemput T_T

#2
Janganlah menjadi orang yang sombong terhadap tuhan. berdoalah kepadaNya.berdoalah setelah selesai solat, berdoalah  bila2 masa sahaja. Allah itu Maha Mendengar !

#3
PAKAIAN KITA, AGAMA KITA! janganlah kita memakai pakaian akhir zaman, seperti gambar yang disebelah kiri. apa beza kita dengan orang kafir? x de bezanya. sama jer. tutuplah auratmu dengan sempurna! sebelum kain kafan yang membaluti tubuhmu kelak.

#4
Hati akan menjadi tenang dengan membaca Kalamullah, Alquran!

#5
Wanita yang baik dijanjikan untuk lelaki yang baik & sebaliknya. Allah dh janji dgn kite. perbaikkanlah diri kita sebaiknya, InsyaAllah, org yang baik akan mendatangi kita. :)



#6
LELAKI!


#7
WANITA!


sampai sini je..
POSTED BY Nadia Rahman

AMALAN BULAN SAFAR !!

assalamualaikum..
entry kali ni berkisarkan tentang BULAN SAFAR..maklom laa..bulan safar bakal menggantikan bulan ini..iaitu, bulan muharram..hurmmm..

antum semua taw x bulan safar ni bulan ke berapa??
*haa..buat sesiape yg tataw lg, bulan safar ialah bulan KEDUA dalam kalendar ISLAM..
ape mksod SAFAR??
*haa..SAFAR bermaksod KOSONG, SIFAR, ZERO dll..hehe..
kenapa dinamakan sebagai SAFAR??KOSONG?? why???!!!
*haa..relax...nii ana nak habaq nii..dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.
ape amalan yg tajok entry ni mksodkan??
*haaa...menjelang je bulan safar, pasti ade hamba2 Allah yg mngambil kesempatan utk melakukan AMALAN ..haha..bukan amalan biasa taww..amalan nii adalah amalan yg BERTENTANGAN DENGAN SYARIAT ISLAM , iaitu KHURAFAT !!
*hamba2 Allah ini mempercayai bahawa bulan safar ialah bulan turunnya BALA !! benar kah?? sudah tentulah, TIDAK..!
*antara amalan yg dilakukan untuk 'menolak bala' ini ialah PESTA MANDI SAFAR..
apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.
*selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah..
hahaha..SEBENARNYA, bala bencana, malapetaka, nasib buruk dan yang sewaktu dengannye bukanlah datang menimpa kite pada bulan safar sahaja..kepercayaan yang karut marut tu ditentang sekeras-kerasnya oleh agama ISLAM..perkara sebegini akan berlaku sekiranya ALLAH S.W.T yang berkehendakkannya..
KUN FA YA KUN !! maka, jadi lah sesuatu perkara tuu..

malah, ALLAH TAALA juga telah berfirman dalam surah AT-TAUBAH ayat 51, mafhumnya/maksodnye..


"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''

Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik.

hurmmm..smpai sini je yang ana mampu sampaikan..sekiranye ade informasi yg salah, mohon readers komen ye..agr ana dapat betoll kan..maklom laa, manusia tidak sempurna..tapi jgn jadikan alasan untuk tidak mahu berusaha utk mnjadi yang sempurna..hurmmm..paham x??hehe, jadi, sama2 lah kite perbaiki diri kite , ye?? hehe..entry ni bukan ana reka taww...ni ana rujuk dari http://www.ipislam.edu.my...hehe ;)


sekian,
WALLAHUALAM~

NAK JADI PRODUKTIF?? PERLUKAN TIPS??

assalamualaikum, readers semua !!

memandangkan tahun 2011 akn meninggalkan kte, psti readers semua mmpunyai azam baru utk tahun 2012 dan pastinye semua org berazam utk mnjadi yg lebih baik dr taon nii, btol takk??hurmmm..pastinye semua org inginkan KEJAYAAN dalam hidop mereka..namun, kjayaan itu bukanlah DATANG BERGOLEK macam tu shja..USAHA itu perlu ade..sikap LALAI harus DIKIKIS dari diri kite..kte harus menjadi seorang yang PRODUKTIF !

dan.. antara CARA utk menjadi seorang yg produktif ialah . . .

1. Memecahkan Perkara Yang Ingin Dicapai Kepada Tugasan-tugasan Kecil
Jika anda ingin membuat website syarikat, anda kemudiannya menulis ayat "Bina Website Syarikat" di atas dinding tidak akan menjadikan website anda itu siap. Sebaliknya anda seharuskan memecahkan objektif itu tadi kepada tugasan-tugasan kecil seperti merangka kandungan website, mengiklankan tugasan membuat website, menyiapkan logo syarikat, mengambil gambar-gambar menarik untuk dimuatkan dalam website dan sebagainya. Dengan adanya tugasan-tugasan kecil ini, objektif yang ingin dicapai akan kelihatan lebih mudah dan mampu dicapai.

2. Hentikan Membuat Beberapa Kerja Dalam Satu Masa (Multi-tasking)

Ramai orang berbangga bahawa mereka mampu untuk 'multi-tasking' atau membuat beberapa kerja dalam satu masa. Namun anda sepatutnya menghentikan perkara ini. Apabila anda membuat beberapa kerja dalam satu masa, nilai IQ anda akan turun 15 mata bagi lelaki dan 5 mata bagi perempuan (lelaki adalah 3 kali lebih teruk dalam multitasking berbanding wanita). Jadi kerja yang dibuat adalah kurang berkualiti.

3. Buang atau Halang Perkara Yang Boleh Melalaikan

Apabila hendak menghabiskan sesuatu tugas, cuba tutup perkara lain yang boleh melalaikan. Contohnya, apabila anda sedang menyediakan 'sebut harga' kepada pelanggan anda, anda tidak seharusnya online di facebook pada masa yang saya. Kerja yang asalnya boleh disiapkan dalam 15 minit akan memakan masa 1 jam hasil dari perkara yang melalaikan. Cuba buat sepenuhnya satu kerja pada satu masa. Jika perlu tutup telefon dan television pada waktu anda sedang menghabiskan kerja.

4. Memeriksa dan membalas email
Elakkan melihat email setiap 5 minit. Sediakan masa 3 kali sehari untuk membaca dan membalas email.

5. Gunakan telefon
Email tidak seharusnya digunakan untuk berkomunikasi secara santai. Ia akan memakan masa yang lama. Anda boleh dengan mudah menelefon dan menghabiskan kerja yang sepatutnya ditanya dalam 5-10 email dalam masa 3 minit di telefon. Orang yang bercakap dengan anda juga, tidak ada pilihan untuk tidak menjawab soalan yang ditanya dengan terperinci.

6. Bekerja dengan Agenda dan Jadual tersendiri.

Jika anda ingat sewaktu di sekolah dahulu, semua kita mempunyai jadual. Jika tidak ada jadual, tidak mungkin cikgu mampu menghabiskan silibus setahun pengajaran tersebut. Samalah seperti dalam hidup kita kini, kita seharusnya mempunyai jadual ringkas untuk kita tidak rugikan masa. Jangan biarkan anda dalam keadaan tidak tahu apa yang hendak dibuat. Rancang hari anda sehari atau seminggu sebelum itu.

7. Bekerja dalam fasa 1-1.5 jam
Jika anda bekerja, pastikan anda mengambil rehat 10 minit setiap sejam atau sejam setengah. Otak memerlukan rehat sedikit. Anda tentu pernah mengalami pengalaman berada dalam bilik mesyuarat lebih dari 1.5 jam. Anda akan merasa sangat letih. Anda akan menjadi tidak produktif jika tidak mempunyai rehat. Jadi pastikan anda mempunyai 10 minit untuk pergi berjalan-jalan, minum kopi atau melihat pemandangan. Dengan adanya rehat ini, otak anda akan kembali bersedia untuk bekerja lebih keras.

- Artikel iluvislam.com

WALLAHUALAM~

Sunday 18 December 2011

THE CREATOR - SAMI YUSUF

assalamualaikum..
ni nak bg entry pasal satu lagu..tajoknye, THE CREATOR..by SAMI YUSUF..antum sume msti da kenal ngan SAMI YUSUF kan??so, ana takyah terangkan la pasal beliau..juz hayati jela lirik nii dalam2.. ;)

La ilaha illa Allah
(There is no god but Allah)
He created the plants and trees
He created the birds and bees
He created the oceans and seas
Some of His many bounties
He made us on earth trustees
To obey all His decrees
O Allah have mercy please,
Clean away our hearts’ disease

Chorus
Jalla Allahu fi 'oulah
(Glorified is Allah in His loftiness)
Ma lana rabbun siwah
(We have no lord but He)
La ilaha illa Allah
Awwalun qablal wujud
(He is the First before existence)
Akhirun Ba'dal khulud

(He is the Last after eternity)
Mutlaqun 'anil hudud
(Absolute is He above any limits)
Wajibun lahus sujud
(Obligatory it is to prostrate to Him)
Rabbun wahibul hayah
(The Lord who bestows life)
Mujrir rihi wal miyah
(He makes the wind and water surge)
Fadhat binnada yadah
(His blessings are overflowing)
Tuba lilladhi hadah
(Successful is he whom He guides)

Chorus
He gave the day and night
He gave us our sense sight
He created the sun so bright
And the moon so pure and white

He saved from our plight
He led us towards the light
He led us to the straight path
Through his mercy and his might

Chorus
Lord of the earth and the sky
Lord the mountains so high
Lord of the day and the night
Lord of joy and delight

WALLAHUALAM~

TAZKIRAH IN ENGLISH..

Bismillahir'rahman'nir-rahim.

Allahumma sali'ala sayyiddina Muhammadin wa 'ala alay sayyiddina Muhammadin wa barik wa salim.

"The example of a good companion and a bad companion is like that of the seller of musk, and the one who blows the blacksmith’s bellows. So as for the seller of musk then either he will grant you some, or you buy some from him, or at least you enjoy a pleasant smell from him. As for the one who blows the blacksmith’s bellows then either he will burn your clothes or you will get an offensive smell from him."
~~~~~~~~~~~

Islam and the concept of Friendship

Humans are social creatures by nature; they're always in need of friends and companions. Most of our lives depend on interaction with others. Strong individuals are the core of a strong community, something that Muslims should always strive for.

We all know that Allah the Most High has brought us to life in order to test us. Thus we are here for a relatively short period of time and that we shall meet Allah one Day, so we need to use our present life for what is best for us in the hereafter. Once we know our purpose and our goal in life, we should seek ways to achieve them so as to benefit our own selves.

In an authentic Hadith, Prophet Mohammad (PBUH) said:

"A person is likely to follow the faith of his friend, so look whom you befriend."

Prophet Mohammad (PBUH) who has the most noble character and dealings with fellow humans gave us a very clear and simple message and advice in regard to friendship.

How should we choose our friends?

We should choose the friend that believes and abide by our religion (Islam) and gives great respect to what Allah and Prophet Mohammad (PBUH) has ordered us. And we should stay away from that who is not well mannered and gives no attention to what Islam is about or what pleases or displeases Allah, for he'll surely affect us negatively. There is no good in the companion drowns us in sins and displeasing Allah.

The bases for the actions of those who follow the evil ways are corrupt; their actions are built upon misguidance and deviation. Their deeds are worthless to them as Allah said:

"And We will proceed to what they have done of deeds, so We shall render them to scattered floating dust." Qur’an (25:23)

Their actions, even if we see them as righteous and noble are of no value to them, so how can they be useful to us?

Good friends are those who share their companions both happiness and sadness. If we share our feelings with the wrong-doers whose actions are worthless and based on corruption, then we are following the same ways and standards as they are, and we'll end up being as corrupted as they are, and then we're in a big trouble, how can we face Allah's dissatisfaction and displeasure?!

Instead of making friends with the misguided ones we should befriend the righteous, yet treat the rest in a gracious and just manner. Staying at sufficient distance is necessary; yet treating everybody in a noble and kind manner is required.

In another Hadith, Prophet Mohammad (PBUH) said:

"The example of a good companion and a bad companion is like that of the seller of musk, and the one who blows the blacksmith’s bellows. So as for the seller of musk then either he will grant you some, or you buy some from him, or at least you enjoy a pleasant smell from him. As for the one who blows the blacksmith’s bellows then either he will burn your clothes or you will get an offensive smell from him."

When choosing our friends we should ask ourselves first: Are they going to help us achieve the purpose for which we were brought to life? or will they take us away from it? Will they desire for us Allah's pleasure or is that completely irrelevant to them and not their concern at all? Are they leading us to Paradise or to the Hell?

Allah says in the Qur'an:

"O you who believe! Take care of your own selves. If you follow the right guidance and enjoin what is right and forbid what is wrong no hurt can come to you from those who are in error. The return of you all is to Allah, then He will inform you about (all) that which you used to do." Qur'an (5:105)

Allahumma sali'ala sayyiddina Muhammadin wa 'ala alay sayyiddina Muhammadin wa barik wa salim. Rawdhina billahi Rabba wa bil'islaami deena wa bi'Muhammadin nabiyaa, wa akhirud'duana anil'hamdulillahi rabbil'alameen. Walaykumasalam wa rahmatullah . .


WALLAHUALAM~