music player

music player


I made this widget at MyFlashFetish.com.


Monday 19 December 2011

AMALAN BULAN SAFAR !!

assalamualaikum..
entry kali ni berkisarkan tentang BULAN SAFAR..maklom laa..bulan safar bakal menggantikan bulan ini..iaitu, bulan muharram..hurmmm..

antum semua taw x bulan safar ni bulan ke berapa??
*haa..buat sesiape yg tataw lg, bulan safar ialah bulan KEDUA dalam kalendar ISLAM..
ape mksod SAFAR??
*haa..SAFAR bermaksod KOSONG, SIFAR, ZERO dll..hehe..
kenapa dinamakan sebagai SAFAR??KOSONG?? why???!!!
*haa..relax...nii ana nak habaq nii..dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.
ape amalan yg tajok entry ni mksodkan??
*haaa...menjelang je bulan safar, pasti ade hamba2 Allah yg mngambil kesempatan utk melakukan AMALAN ..haha..bukan amalan biasa taww..amalan nii adalah amalan yg BERTENTANGAN DENGAN SYARIAT ISLAM , iaitu KHURAFAT !!
*hamba2 Allah ini mempercayai bahawa bulan safar ialah bulan turunnya BALA !! benar kah?? sudah tentulah, TIDAK..!
*antara amalan yg dilakukan untuk 'menolak bala' ini ialah PESTA MANDI SAFAR..
apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.
*selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah..
hahaha..SEBENARNYA, bala bencana, malapetaka, nasib buruk dan yang sewaktu dengannye bukanlah datang menimpa kite pada bulan safar sahaja..kepercayaan yang karut marut tu ditentang sekeras-kerasnya oleh agama ISLAM..perkara sebegini akan berlaku sekiranya ALLAH S.W.T yang berkehendakkannya..
KUN FA YA KUN !! maka, jadi lah sesuatu perkara tuu..

malah, ALLAH TAALA juga telah berfirman dalam surah AT-TAUBAH ayat 51, mafhumnya/maksodnye..


"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''

Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik.

hurmmm..smpai sini je yang ana mampu sampaikan..sekiranye ade informasi yg salah, mohon readers komen ye..agr ana dapat betoll kan..maklom laa, manusia tidak sempurna..tapi jgn jadikan alasan untuk tidak mahu berusaha utk mnjadi yang sempurna..hurmmm..paham x??hehe, jadi, sama2 lah kite perbaiki diri kite , ye?? hehe..entry ni bukan ana reka taww...ni ana rujuk dari http://www.ipislam.edu.my...hehe ;)


sekian,
WALLAHUALAM~

1 comment:

nurul abu said...

sorry la sbb mnyakitkan mata ckett..byk wane sgt laa..hhehe ;)