music player

music player


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 20 January 2012

Kenapa saya tunduk bila saya pandang awak?

Hye
Assalamualaikum


Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah
mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)

Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka
menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)
Benarlah Kata2 Allah Yang Maha Agung

Dalam Islam perkenalan antara lelaki dan perempuan x pernah dihalang sama sekali. Jadi Islam membenarkan lelaki dan perempuan itu saling mengenali antara satu sama lain kerana fitrahnya lelaki pasangannya adalah wanita.

Wahai umat manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan ( dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah adalah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (tentang keadaandan amalan kamu) - (Surah Hujrat ayat 13)

Jelas dalam surah Hujrat Allah menyatakan bahawa lelaki dan perempuan ini diciptakan berpasang pasangan.Tetapi Allah sambung ayat ni dengan menyatakan kemuliaan seseorang itu terletak pada takwanya.
Disini lah terletaknya konsep ikhtilat sesama muslim.
Mungkin kita semua pernah dengar frasa dari mata turun ke hati.


Kerana inilah Islam menganjuran kita supaya menjaga pandangan agar hati kita terjaga daripada bisikan2 nafsu dan godaan2 syaitan.
Jadi macam mana nak jalan ni?
Arghh!! Nak tutup mata ke?
Macam mane ? Bagaimana ?


Konsep menjaga pandangan bererti kita menundukkan pandangan kita  sekadar untuk menundukkan nafsu di hati ini. Xperlu lah kita jalan sampai menutup mata. Cukuplah pandangan itu untuk menghormati seseorang atau memudahkan komunikasi. 

Jika Sudah Jatuh Cinta
Maka Kawallah Cinta Itu
Mulakan Dari Pandanganmu
Kemudian Tanya Imanmu
Mampukah Lagi Menahan Diri?

Islam Sangat Mudah dan Indah


Kahwninilah insan yang kamu sayangi,
Tataplah wajahnya setiap hari dengan sepenuh hati
Kerana ianya menjadi pahala buat suami dan isteri.

Bukankah cinta ini lebih diredhai?
Bukankah tatapan ini lebih bererti?

Kerana Itu Jagalah Pandanganmu
Buat Tatapan Insan Yang Berhak

1 comment:

Humaira said...

nice post........



p/s: Buat semua follower blog ans, jom singgah lagi mbc kisah terbaru di sni :)